Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Allow me the priviledge to pen my post in Bahasa Melayu.

Tibalah masa di mana muslimin dan muslimat mengakhiri sebulan puasa dan bersama menyambut hari yang dinantikan iaitu, Hari Raya Aidilfitri. Rumah dihiasi dengan pelbagai perhiasan, langsir ditukar dan lantai dibersih untuk menyambuat kedatangan saudara mara dan kawan yang datang untuk bertegur sapa serta menjamu selera dengan juadah yang hanya dapat dirasai pada masa ini. Keinginan untuk menjamu rasa daging rendang, roti jala, ketupat, lemang, dodol dan lain lain membuat lidah aku berair.

Ramai diantara rakan kerja saya telah mengambil cuti panjang untuk balik ke kampung untuk meraikan hari yang muhibbah ini. Jalan-jalan di Kuala Lumpur yang biasa sesak dengan kereta nampak lapang. Masa untuk ke bandar yang biasanya mengambil 1 hingga 2 jam untuk sampai dikurangkan kepada setengah jam atau lebih baik lagi 15 minit. Apabila saya ke pejabat hari ini, kereta yang biasa membanjiri jalan raya tidak kenampakan. Saya boleh mengambil masa sendiri serta meletak kereta saya di bawah basement yang biasanya penuh apabila saya tiba to tempat kerja. Suasana di pejabat sunyi serta kelihatan agak kosong. Hanya segelintir orang kelihatan yang terdiri daripada ahli kumpulan saya yang terpaksa datang untuk memberi 'support' kepada negara yang tidak cuti seperti Australia, Hong Kong, Phillipines dan China. Ini memberi kesan kepada permintaan yang biasa diterima dari e-mel atau panggilan menampakkan kekurangan. Ini memboleh saya sedikit masa untuk menulis di blog saya serta membuat latihan yang biasanya tidak dapat dilakukan pada hari yang normal.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

kepada semua muslimin dan musliman di Malaysia serta di serata dunia yang menyambut hari ini. Harap anda semua dapat menyanbut hari yang mulia ini dengan penuh kegembiraan. Bagi mereka yang ingin melawat dan menikmati suasana rumah terbuka, senarai rumah terbuka di seluruh negara boleh didapati di sini.

Untuk mengakhiri 'post' saya, nikmatilah iklan Petronas yang selalu meninggalkan kesan nostalgia di hati kita.














Iklan Petronas 2005



Iklan Petronas 2006



Iklan TV3 2006 (Star Wars Parody)

No comments: